Bahasa

Jam tangan Rolex
Submariner Date
Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning M126613LN-0002

Harga:

RM69,500.00

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami +60 82 246 868

Whatsapp Logo

Hubungi kami di WhatsApp

Pesan kami

Mencari kedai

Rolex

Submariner Date

Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning

M126613LN-0002

Harga:

RM69,500.00

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi Kami

Whatsapp Logo

RUJUKAN

126613LN

BUTIRAN

Paparan Chromalight yang tinggi dan sangat mudah dibaca dengan luminesens biru tahan lama

PENUTUP MODEL

Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning

SENI BINA OYSTER

Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam

BEZEL

Boleh gilir searah bersenggat 60 minit, sisispan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti dengan emas

KALIS AIR

Kalis air sehingga 300 meter / 1000 kaki

MEKANISME

Perpetual, mekanikal, automatik

RANTAI

Oyster, pautan tiga keping padat

BAHAN RANTAI

Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning

RIZAB KUASA

Lebih kurang 70 jam

DAIL

Hitam

PENSIJILAN

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

DIAMETER

41 mm

BAHAN

Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning

BELITAN PUTARAN JAM

Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple

KRISTAL

Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh

KETEPATAN

-2/+2 saat/hari, selepas dibuka

PENGAYUN

Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi

BELITAN

Diskrukan kembang ke bawah dengan lambang Rolex

KANCING

Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex

KALIBER

3235, Buatan Rolex

PELARIAN

Chronergy dengan kecekapan tenaga yang optimum

TATAHAN PERMATA

N/A

Jam tangan Rolex Submariner Date di pergelangan tangan
Rolex BEZEL BOLEH PUTAR DWIARAH

BEZEL BOLEH PUTAR DWIARAH

Bezel boleh berputar Submariner adalah kunci kepada fungsi jam tangan ini. Senggatan 60 minit membolehkan penyelam memantau masa menyelam serta penyahmampatan berhenti dengan tepat dan selamat. Dihasilkan oleh Rolex daripada seramik keras dan tahan karat, sisipan bezel Cerachrom adalah tahan karat. Kapsul pendarkilau pada penanda sifar memastikan ia mudah dibaca, tidak kira betapa gelap persekitarannya. Bezel dengan tombol-tombol kecil direka dengan cermat untuk menawarkan cengkaman yang sangat baik di bawah air, walaupun mengunakan sarung tangan.

DAIL HITAM

Paparan Chromalight pendarkilau pada dailnya adalah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan suatu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat - dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.

Rolex DAIL HITAM
Rolex ROLESOR KUNING

ROLESOR KUNING

Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.

Rolex Logo

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN SUBMARINER ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Submariner merupakan rujukan di kalangan jam tangan penyelam. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri-cirinya dan cara untuk menetapkan masa dengan menonton video.

https://www.youtube.com/embed/IjcvZ8GSl1M?feature=oembed

Dilancarkan pada tahun 1953, Rolex Submariner merupakan jam tangan penyelam pertama yang kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki) – kini 300 meter (1,000 kaki). Ciri utama jam ini seperti bezel boleh putar bersenggat, paparan pendarkilau, jarum dan penanda jam yang besar telah menjadi pendorong dalam penciptaan rangkaian jam tangan penyelam Rolex seterusnya. Submariner ialah jam tangan ikonik yang kini terkenal menjangkaui dunia profesional yang mula-mula direka untuknya. Submariner, standard muktamad.

Rolex Submariner

KEYAKINAN MENDALAM

HUBUNGI KAMI

*Diperlukan

Pin It on Pinterest