DASAR PRIVASI

Hung Cheong Jewellery Watch Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai “Hung Cheong” atau “kami” dalam Dasar Privasi ini) menghormati privasi anda dan komited kepada perlindungan data peribadi anda di dalam dan di luar Malaysia. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan memproses data peribadi yang diamanahkan kepada kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“Akta”) dan jika berkenaan, Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Europah (“GDPR”) (EU) 2016/679. Sila mengambil sedikit masa untuk membaca Dasar Privasi ini kerana dengan berbuat demikian ia akan membolehkan anda memahami cara kami menguruskan data peribadi anda dan membolehkan anda membuat keputusan yang termaklum sebelum memberikan data peribadi anda kepada kami. Dengan mengakses laman web kami dan/atau memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan terma Dasar Privasi ini dan dengan itu bersetuju untuk diri anda dan bagi pihak orang lain kepada pengumpulan, penggunaan dan penzahiran data peribadi oleh kami pada terma-terma ini. Sila pastikan bahawa semua data peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap. Sekiranya anda memberikan kami data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, dengan menghantar data peribadi tersebut kepada kami, anda memberi representasi dan jaminan kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberi data peribadi mereka kepada kami untuk tujuan yang berkenaan. Jika anda memilih untuk tidak memberikan kami data peribadi, kemungkinannya kami tidak boleh bekerja dengan anda, menghubungi anda dan memberikan produk, perkhidmatan atau maklumat yang anda perlukan. Di samping itu, laman web ini mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke dan dari laman web pihak ketiga yang lain. Sekiranya anda mengikut pautan ke mana-mana laman web pihak ketiga, harap maklum bahawa laman web berkenaan mempunyai dasar privasi mereka sendiri. Oleh sebab laman web pihak ketiga ini tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kami, kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap kandungan laman web tersebut dan dasar privasi mereka. Sila periksa dasar-dasar mereka sebelum anda menghantar apa-apa data peribadi kepada mana-mana laman web tersebut. Kami selanjutnya tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap privasi atau amalan keselamatan data mana-mana pihak ketiga yang anda menzahirkan data peribadi anda melalui atau berkaitan dengan laman web ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau sebarang pertanyaan yang lain berhubung dengan cara kami mengumpul, mengurus, melindungi dan/atau memproses data peribadi anda, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di maklumat hubungan di bawah.

1. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada dan mengenai anda, tepati tidak terhad kepada:

  1. nama;
  2. nombor telefon;
  3. alamat e-mel;
  4. nombor kad pengenalan/pasport atau nombor pengenalan lain;
  5. maklumat mengenai penggunaan anda, interaksi anda dengan dan tingkah laku anda semasa melayari laman web ini termasuk kuki, alamat IP, peranti anda (contohnya komputer, telefon pintar atau peranti eletronik yang lain) dan/atau pelayar, tingkah laku pelayaran internet, statistik paparan halaman, dan trafik ke dan dari laman web kami, tetapi terhad kepada maklumat yang boleh kami mengenal pasti anda daripada maklumat tersebut;
  6. pemegang media sosial anda, butiran pembelian dan pilihan pemasaran; dan
  7. sebarang maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda yang ada berikan kepada kami.

2. BAGAIMANA KAMI MENGUMPULKAN DATA PERIBADI ANDA

Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui kaedah-keadah berikut:

  1. apabila anda menghubungi kami melalui halaman hubungan kami yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan kami;
  2. apabila kami menggunakan mana-mana perkhidmatan atau perkhidmatan berkaitan di laman web kami;
  3. apabila anda melayari dan/atau berinteraksi dengan laman web kami;
  4. apabila anda melanggan maklumat pemasaran kami;
  5. apabila anda menghubungi kami atau apabila anda meminta kami menghubungi anda;
  6. apabila anda berinteraksi dengan pegawai khidmat pelanggan kami;
  7. apabila kami menerima rujukan daripada sumber pihak ketiga, di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk penzahiran data peribadi yang berkaitan dengan anda, dan/atau di mana sebaliknya dibenarkan secara sah;
  8. apabila anda menghantar data peribadi kepada kami untuk apa-apa sebab; dan
  9. apabila kami mengumpulkan maklumat anda daripada mana-mana sumber yang tersedia secara umum.

Kami juga akan mengumpul data peribadi anda tanpa persetujuan anda dalam keadaan di mana persetujuan anda tidak diperlukan di bawah Akta dan mana-mana perundangan subsidiari dan peraturan yang dibuat di bawahnya (“undang-undang yang berkaitan”).

3. TUJUAN PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI ANDA

Kami hanya akan menggunakan dan mengumpulkan data peribadi anda, tetapi tidak terhad kepada setakat yang diperlukan untuk tujuan:

Menghubungi Anda

  1. Untuk menghubungi anda melalui maklumat hubungan yang anda berikan (melalui pos, faks, e-mel, SMS, telefon atau sebarang komunikasi yang lain) untuk memberi anda maklumat yang anda minta daripada kami;
  2. Untuk mengurus dan mentadbir penggunaan laman web anda dan menghubungi anda dari semasa ke semasa berkaitan dengan penggunaan laman web anda;
  3. Untuk menyelesaikan aduan dan mengendalikan permintaan dan pertanyaan daripada anda; dan
  4. Untuk berkomunikasi dengan anda untuk memaklumkan anda mengenai sebarang perubahan terma dan syarat atau dasar-dasar laman web.

Tujuan Berkaitan Dengan Produk & Perkhidmatan

  1. Untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan interaksi dalam talian anda dengan kami (termasuk, contohnya, alamat IP anda dan halaman yang dilihat anda) supaya kami dapat menawarkan anda pengalaman yang lebih konsisten dan diperibadikan dalam hubungan anda dengan kami dan membolehkan kami memenuhi keperluan anda dengan lebih baik dengan menyesuaikan kandungan yang dikongsi kami dengan anda;
  2. Untuk menguruskan hubungan anda dengan kami;
  3. Membantu anda dengan pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan yang anda telah meminta;
  4. Memberi anda maklumat dan kemas kini mengenai produk dan perkhidmatan, promosi yang ditawarkan, termasuk kandungan dan iklan yang diperibadikan atau bentuk pemasaran yang lain yang mungkin menarik bagi anda;
  5. Memberi sokongan teknikal untuk produk dan perkhidmatan kami seperti penyelenggaraan atau pembaikan;
  6. Untuk meningkatkan penawaran jenama produk dan perkhidmatan pelanggan yang kami sediakan kepada anda;
  7. Untuk pendaftaran, pentadbiran dan/atau penyediaan jaminan dan/atau jaminan perkhidmatan yang disediakan berhubungan dengan produk atau perkhidmatan yang dibeli oleh anda; dan
  8. Sehubungan dengan penyediaan atau penawaran produk atau perkhidmatan, sama ada oleh kami atau pihak lain, dengan memandankan data peribadi anda dengan data yang lain yang dikumpulkan dari sumber lain (termasuk pihak ketiga).

Tujuan Perniagaan

  1. Menjalankan penyelidikan pasaran, analisis dan aktiviti pembangunan (termasuk tetapi tidak terhad kepada analisis statistik, analisis data, selidik, pemasaran dan/atau pemprofilan pengguna) untuk menambah baik laman web, perkhidmatan dan kemudahan untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda;
  2. Untuk menyimpan, menempat dan/atau menyandar (sama ada untuk tujuan arkib atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
  3. Untuk tujuan perakaunan, pengurusan risiko dan tujuan penyimpan rekod;
  4. Untuk mengesahkan, memudahkan dan/atau memproses transaksi anda dengan kami;
  5. Untuk menyediakan barang dan perkhidmatan oleh kami atau oleh wakil-wakil lantikan kami dan/atau rakan kongsi perniagaan kepada anda atau kepada pihak-pihak yang ditetapkan oleh anda dan perkara-perkara sampingan kepadanya;
  6. Untuk menjawab kepada proses undang-undang, mengejar dan menguatkuasakan hak, kewajipan dan remedi undang-undang dan mempertahankan apa-apa prosiding undang-undang;
  7. Pematuhan kepada undang-undang berkenaan, peraturan, kod amalan, panduan, proses undang-undang, permintaan kerajaan atau membantu dengan penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan oleh pihak-pihak berkenaan di Malaysia;
  8. Membantu dengan transaksi aset perniagaan (yang mungkin merangkumi apa-apa penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset); dan
  9. Mencegah, mengenal pasti dan menyiasat kegiatan jenayah, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram, serta menilai dan mengurus risiko komersial lain.

Di mana data peribadi dikumpulkan adalah digunakan untuk tujuan yang berbeza dan/atau dikongsi dengan pihak ketiga, kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan atau mengkongsikan data peribadi. Kami mengelakkan pengumpulan data peribadi yang berlebihan dan/atau tidak berkaitan sebagai perkara dasar. Kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang secara munasabah berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disenaraikan di dalam Dasar Privasi ini di mana kami telah memperolehi persetujuan yang berkaitan anda atau di dalam keadaan di mana persetujuan anda tidak diperlukan berdasarkan undang-undang yang berkaitan.

4. KUKI

Kami menggunakan “kuki” pada laman web kami. Kuki adalah fail data kecil yang disimpan di peranti anda apabila menggunakan laman web kami. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, sila lihat Dasar Kuki kami . Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan dan penyimpanan kuki pada peranti anda. Sebilangan besar pelayar menerima kuki secara automatik. Untuk mengelakkan ini, anda boleh menyekat atau menyahdayakan kuki pada tetapan pelayar anda. Dengan menyekat dan menyahdayakan kuki, ini mungkin mempengaruhi ciri-ciri interaktif dan keramahan penggunaan laman web kami.

5. PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA

Data peribadi anda mungkin digunakan, dizahirkan, dikekalkan, diakses, diproses dan/atau dipindah kepada pihak ketiga berikut, di dalam atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih tujuan yang dinyatakan di atas:

  1. pekerja, rakan kongsi perniagaan, prinsipal, agen atau pengkhidmat kami;
  2. pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memerlukan pemprosesan data peribadi anda, sebagai contohnya, pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang telah diguna khidmat oleh kami: (i) untuk menyediakan dan menyelenggara sebarang peralatan/penyimpanan awan dalam talian yang digunakan untuk menyimpan dan mengakses data peribadi anda; (ii) untuk menghoskan dan menyelenggara laman web ini; atau (iii) sebaliknya berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan tertentu yang diberikan kepada anda di atau melalui laman web ini;
  3. mana-mana syarikat berkaitan dan subsidiari kami termasuk yang ditubuhkan pada masa akan datang, di Malaysia dan semua negara lain;
  4. penasihat profesional kami seperti juruaudit dan penasihat undang-undang kami;
  5. pihak berkuasa kerajaan atau pengawalseliaan, badan berkanun, agensi penguatkuasaan, persatuan industri; dan
  6. mana-mana pihak lain yang anda beri kebenaran kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memberikan pihak ketiga (yang mungkin terletak di wilayah lain) dengan data agregat dan data tidak dikenali mengenai pengguna laman web kami. Ini mungkin merangkumi maklumat mengenai komputer anda, termasuk di mana ada alamat IP anda, sistem operasi dan jenis pelayar, untuk pentadbiran sistem dan melaporkan data agregat dan data tidak dikenali kepada pengiklan kami. Ini adalah data statistik tidak dikenali mengenai tindakan dan corak pelayaran pengguna kami, dan tidak mengenal pasti mana-mana individu. Kami juga mungkin menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang secara munasabah berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disenaraikan di dalam Dasar Privasi ini di mana kami telah memperolehi persetujuan yang berkaitan anda atau di dalam keadaan di mana penzahiran tersebut tidak memerlukan persetujuan anda berdasarkan undang-undang yang berkaitan.

6. PERMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE SUATU TEMPAT DI LUAR MALAYSIA

Semasa pengumpulan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, kami mungkin, jika diperlukan atau sesuai, memindahkan data peribadi anda ke mana-mana syarikat berkaitan dan/atau subsidiari kami termasuk yang ditubuhkan pada masa akan datang atau ke mana-mana pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia. Sebelum memindahkan data peribadi ke luar Malaysia, kami akan memastikan bahawa permindahan data peribadi ke suatu tempat yang terdapat undang-undang yang sebahagian besarnya serupa serta suatu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan data peribadi seperti yang diperuntukkan di bawah Akta ini. Dengan menghantar data peribadi anda kepada kami dan/atau dengan terus menggunakan laman web ini dan/atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui laman web ini, anda bersetuju kepada pemindahan dan pemprosesan data peribadi anda di luar Malaysia.

7. KESELAMATAN, STORAN DAN PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

Kami mempunyai langkah-langkah pentadbiran, teknikal, personel dan fizikal yang munasabah secara komersial untuk melindungi data peribadi anda terhadap apa-apa kehilangan, pencurian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, perubahan, kemusnahan, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja. Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil untuk menjamin perlindungan sepenuhnya data peribadi anda dan kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan, pencurian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, perubahan, kemusnahan, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja oleh pihak ketiga yang disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan kami. Data peribadi anda mungkin diuruskan dan disimpan oleh kami dalam pelayan-pelayan yang berada/berpusat di luar Malaysia di mana kami mempunyai kemudahan atau di mana kami mengguna khidmat pembekal perkhidmatan. Semua data peribadi anda akan disimpan untuk jangkamasa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan bagi mana ia dikumpulkan atau untuk tujuan perniagaan, undang-undang atau peraturan, atau selaras dengan undang-undang yang berkaitan.

8. AKSES KEPADA DAN/ATAU PEMBETULAN ADATA PERIDADI ANDA

Bagi kami untuk menyediakan anda dengan produk dan perkihdmatan yang berkesan dan berterusan, kami memerlukan anda untuk memberikan kami data peribadi yang tepat dan lengkap, jika gagal, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda dengan tepat. Kami mungkin akan meminta maklumat tambahan daripada anda sebelum memberikan anda akses kepada data peribadi tersebut atau membuat apa-apa pembetulan untuk mengesahkan dan memastikan bahawa data peribadi tersebut memang berkaitan dengan dan/atau dimiliki oleh anda. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda sebaik sahaja wajar dilaksanakan dan selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Kami juga boleh enggan mematuhi permintaan anda untuk akses kepada data atau pembetulan data selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Dalam keadaan sedemikian, kami akan memberitahu anda tentang keengganan kami dan alasan kami untuk keengganan tersebut.

9. PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

Kami akan menyimpan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami sama ada melalui pembekalan mana-mana produk atau perkhidmatan, atau untuk tempoh sedemikian yang mungkin diperlukan untuk melindungi kepentingan kami dan/atau di mana sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang. Kami akan memastikan bahawa semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila data tersebut tidak lagi diperlukan.

10. PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN ANDA

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda untuk sebahagian atau semua tujuan yang disenaraikan dalam Dasar Privasi ini. Anda boleh meminta akses kepada (dengan bayaran fi ditetapkan) dan/atau membetulkan dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda yang kini dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan kami tidak dapat menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda minta atau penggunaan atau akses anda kepada laman web mungkin terhad atau terjejas. Sebaik sahaja pemprosesan pengeluaran balik persetujuan anda selesai, kami tidak lagi mengumpul, mengguna, menzahir dan/atau memproses data peribadi anda, kecuali setakat mana kami mengekalkan data peribadi anda untuk tujuan permatuhan, kawal selia atau undang-undang lain.

11. UNDANG-UNDANG PEMERINTAHAN

Dasar Privasi ini dan pengunaan laman web ini oleh anda adalah ditadbirkan di bawah undang-undang Malaysia.

12. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

Kami berhak untuk meminda terma-terma Dasar Privasi ini mengikut budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa. Sebarang Dasar Privasi yang dipinda akan disiarkan di dalam laman web ini dan akan berkuatkuasa serta merta. Anda dikehendaki memeriksa halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengambil maklum tentang apa-apa perubahan yang telah kami buat kerana ia mengikat anda. Penggunaan terus laman web ini dan/atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui laman web ini oleh anda selepas apa-apa pindaan Dasar Privasi ini menandakan persetujuan dan penerimaan anda kepada syarat-syarat yang disemak semula.

13. HUBUNGI KAMI

Jika anda ingin menghubungi kami dengan pertanyaan atau kebimbangan khusus berkaitan dengan Dasar Privasi ini, atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau aduan mengenai bagaimana data peribadi anda dikumpulkan, digunakan, didedahkan dan/atau diproses oleh kami, sila hubungi kami dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di enquiry@hungcheong.com.my. Versi Bahasa Melayu bagi Dasar Privasi ini boleh didapati di sini. Sekiranya terdapat percanggahan dan/atau ketidakselarasan antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi akan diguna pakai.

Rolex Section

Semasa menavigasi pada bahagian Rolex laman web kami, sesetengah kuki adalah dikawal oleh ROLEX SA yang menggunakan Dasar Kuki berikut .

Pin It on Pinterest