Jam tangan Rolex
Day-Date 40 Oyster, 40 mm, emas putih dan berlian M228349RBR-0003
RM289,300.00
Hubungi kami +60 82 246 868
Hubungi kami di WhatsApp
Pesan kami
Mencari kedai
Rolex
Day-Date 40
Oyster, 40 mm, emas putih dan berlian
M228349RBR-0003
RM289,300.00
Hubungi Kami
RUJUKAN
228349RBR
BUTIRAN
N/A
PENUTUP MODEL
Oyster, 40 mm, emas putih dan berlian
SENI BINA OYSTER
Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam
BEZEL
Dipasangkan dengan berlian
KALIS AIR
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISME
Perpetual, mekanikal, automatik
RANTAI
President, penghubung keping tiga separuh bulat
BAHAN RANTAI
EMAS PUTIH 18 KARAT
RIZAB KUASA
Lebih kurang 70 jam
DAIL
Hitam terang dipasangkan dengan berlian
PENSIJILAN
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
DIAMETER
40 mm
BAHAN
EMAS PUTIH 18 KARAT
BELITAN PUTARAN JAM
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air Twinlock berganda
KRISTAL
Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh
KETEPATAN
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
PENGAYUN
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
BELITAN
Diskrukan kembang ke bawah dengan lambang Rolex
KANCING
Crownclasp lipat terlindung
KALIBER
3255, Buatan Rolex
PELARIAN
Chronergy dengan kecekapan tenaga yang optimum
TATAHAN PERMATA
10 berlian potongan baguette
DAIL HITAM TERANG
Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Ia diperoleh dengan menggunakan kemahiran teknik memberus yang menghasilkan jejalur yang berlari keluar dari tengah dail. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan cahaya halus berkarakter yang bergerak bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna dail diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada dail.
Bezel bertatahkan berlian
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
EMAS PUTIH 18 KARAT
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
https://www.youtube.com/embed/kIBR6HvcOgY?feature=oembed
CARA MENETAPKAN DAY-DATE 40 ANDA
Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Day-Date 40 ialah jam tangan yang paling berprestij. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dan cara untuk menetapkan masa, tarikh dan hari dengan menonton video.
https://www.youtube.com/embed/mg6Gf7v455c?feature=oembed
Sebagai ungkapan kepakaran Rolex membuat permukaan, jam tangan Day-Date 36 baharu juga merupakan bukti penguasaan menyeluruh jenama itu dalam seni penetapan permata. Gabungan batu, permata dan logam berharga yang luar biasa ini menekankan keistimewaan dan keanggunan jam tangan berprestij ini.
Rolex Day-Date
SETIAP DIAL ADALAH PENCARIAN
HUBUNGI KAMI
*Diperlukan