Bahasa

Jam tangan Rolex
Day-Date 40
Oyster, 40 mm, emas putih M228239-0033

Harga:

RM183,400.00

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi kami +60 82 246 868

Whatsapp Logo

Hubungi kami di WhatsApp

Pesan kami

Mencari kedai

Rolex

Day-Date 40

Oyster, 40 mm, emas putih

M228239-0033

Harga:

RM183,400.00

* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.

Hubungi Kami

Whatsapp Logo

RUJUKAN

228239

BUTIRAN

N/A

PENUTUP MODEL

Oyster, 40 mm, emas putih

SENI BINA OYSTER

Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam

BEZEL

Berjelajur

KALIS AIR

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

MEKANISME

Perpetual, mekanikal, automatik

RANTAI

President, penghubung keping tiga separuh bulat

BAHAN RANTAI

EMAS PUTIH 18 KARAT

RIZAB KUASA

Lebih kurang 70 jam

DAIL

Hijau buah zaitun

PENSIJILAN

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

DIAMETER

40 mm

BAHAN

EMAS PUTIH 18 KARAT

BELITAN PUTARAN JAM

Diskrukan ke bawah, sistem kalis air Twinlock berganda

KRISTAL

Nilam tahan calar, kanta siklops sepanjang tarikh

KETEPATAN

-2/+2 saat/hari, selepas dibuka

PENGAYUN

Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi

BELITAN

Diskrukan kembang ke bawah dengan lambang Rolex

KANCING

Crownclasp lipat terlindung

KALIBER

3255, Buatan Rolex

PELARIAN

Chronergy dengan kecekapan tenaga yang optimum

TATAHAN PERMATA

N/A

Jam tangan Rolex Day-Date 40 di pergelangan tangan
Rolex Bezel berjejalur

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, ianya sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 40 ini.

Dail Hijau Zaitun

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Ia diperoleh dengan menggunakan kemahiran teknik memberus yang menghasilkan jejalur yang berlari keluar dari tengah dail. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan cahaya halus berkarakter yang bergerak bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna dail diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada dail.

Rolex Dail Hijau Zaitun
Rolex EMAS PUTIH 18 KARAT

EMAS PUTIH 18 KARAT

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.

Rolex Logo

KETERSEDIAAN MODEL

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

https://www.youtube.com/embed/kIBR6HvcOgY?feature=oembed

CARA MENETAPKAN DAY-DATE 40 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada modelnya, ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini dicirikan oleh estetika mereka yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Day-Date 40 ialah jam tangan yang paling berprestij. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dan cara untuk menetapkan masa, tarikh dan hari dengan menonton video.

https://www.youtube.com/embed/mg6Gf7v455c?feature=oembed

Oyster Perpetual Day-Date 36 baharu menampilkan permukaan yang diperbuat daripada batu hiasan berkilauan yang membangkitkan suasana pantai Mediterranean. Aventurin hijau, karnelian dan firus digandingkan dengan jam tangan masing-masing dalam emas Everose, putih dan kuning 18 karat.

Sebagai ungkapan kepakaran Rolex membuat permukaan, jam tangan Day-Date 36 baharu juga merupakan bukti penguasaan menyeluruh jenama itu dalam seni penetapan permata. Gabungan batu, permata dan logam berharga yang luar biasa ini menekankan keistimewaan dan keanggunan jam tangan berprestij ini.

Rolex Day-Date

SETIAP DIAL ADALAH PENCARIAN

HUBUNGI KAMI

*Diperlukan

Pin It on Pinterest