Jam tangan Rolex
Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas putih M126519LN-0006
RM147,600.00
Hubungi kami +60 82 246 868
Hubungi kami di WhatsApp
Pesan kami
Mencari kedai
Rolex
Cosmograph Daytona
Oyster, 40 mm, emas putih
M126519LN-0006
RM147,600.00
Hubungi Kami
RUJUKAN
126519LN
BUTIRAN
Paparan Chromalight yang tinggi dan sangat mudah dibaca dengan luminesens biru tahan lama
PENUTUP MODEL
Oyster, 40 mm, emas putih
SENI BINA OYSTER
Penutup tengah Monoblok, penutup belakang diskrukan ke bawah dan belitan putaran jam
BEZEL
Bezel monoblok Cerachrom hitam dalam seramik dengan dibentu skala tachymetri
KALIS AIR
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISME
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
RANTAI
Oysterflex
BAHAN RANTAI
Pembentukan acuan fleksibel bilah logam dengan elastomer berprestasi tinggi
RIZAB KUASA
Lebih kurang 72 jam
DAIL
Keluli dan hitam terang
PENSIJILAN
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
DIAMETER
40 mm
BAHAN
EMAS PUTIH 18 KARAT
BELITAN PUTARAN JAM
Diskrukan ke bawah, sistem kalis air triplock triple
KRISTAL
Nilam tahan calar
KETEPATAN
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
PENGAYUN
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
BELITAN
Diskrukan kembang ke bawah dengan lambang Rolex
KANCING
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
KALIBER
4131, buatan Rolex
PELARIAN
N/A
TATAHAN PERMATA
N/A
Rantai Oysterflex
Cosmograph Daytona versi emas 18 karat dengan bezel Cerachrom boleh didapati dengan rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, rantai ini secara unik menggabungkan ketahanan rantai logam dengan keselesaan rantai elastomer. Rantai ini terdiri daripada dua bilah logam melengkung yang fleksibel – satu dalam setiap bahagian rantai – dibentuk dengan elastomer hitam berprestasi tinggi. Untuk memberikan keselesaan optimum, rantai Oysterflex dilengkapi dengan kusyen di bahagian dalam dan pengancing keselamatan Oysterlock untuk mengelak daripada terbuka Panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex yang bijak.
EMAS PUTIH 18 KARAT
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Permukaan keluli dan hitam terang
Model ini menampilkan permukaan keluli dan hitam terang dengan pengira berlingkar, penanda dan jarum jam yang dihiasi emas dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Jarum detik tengah membolehkan bacaan tepat pada 1/8 saat, manakala dua pembilang pada dail memaparkan masa luput dalam jam dan minit. Pemandu boleh merancang dengan tepat masa dan taktik mereka tanpa gagal.
KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.
https://www.youtube.com/embed/nyaBARDPqGQ?feature=oembed
Bagi menandakan ulang tahun ke-60 jam tangan ini, Rolex memastikan kesinambungan legenda ini dengan merombak keseluruhan barisan melalui kerja semula berketepatan tinggi yang melibatkan penutup, rupa dan juga gerakan. Pelarasan dan evolusi yang begitu banyak menjadi peringatan bahawa usaha memburu kecemerlangan ialah satu perlumbaan tanpa garis penamat.
Rolex Cosmograph Daytona
IKON YANG MENONGKAH ALIRAN MASA
HUBUNGI KAMI
*Diperlukan