Mencari nombor rujukan anda

Each Rolex watch has a commercial reference number corresponding to its model and production period. This number is engraved on the watch case (between or beneath the lugs). It can also be found on the documents provided at the time of purchase, such as the sales invoice and guarantee card. If you are unable to identify your watch, please contact a Rolex Authorized Service Centre.

Rolex card with serial number
M

Dasar Penetapan Harga Rolex

Harga cadangan termasuk V.A.T. (Cukai Nilai Tambah)
Harga alat ganti berdasarkan pertukaran.

M

Mencari nombor rujukan anda

Rujukan komersial jam tangan anda boleh didapati pada dokumen yang diberikan semasa pembelian, seperti kad jaminan (ditunjukkan di bawah) atau invois jualan. Jika anda tidak mempunyai sebarang dokumen yang membolehkan anda mengenal pasti jam tangan anda, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Sah Rolex.

Rolex card with serial number
M
Watchmaker assembling delicate watch.
Watchmaker assembling watch mechanism

Penjajaran masa

When times align

Dengan kalendar tahunan lengkap dan paparan fasa bulan, Perpetual Padellone membuka jendela untuk menyaksikan langit malam.

Rolex mengembangkan koleksi Perpetual melalui penambahan jam tangan dengan kalendar tahunan lengkap semerta: Perpetual Padellone. Ciptaan rapi yang memaparkan tarikh, hari, bulan dan fasa bulan, serta jam, minit dan saat ini, dilengkapi inovasi teknikal perintis. Reka bentuknya yang harmoni menampilkan keseimbangan sempurna antara gaya tradisional dengan kontemporari. Dinamakan bersempena jam tangan Rolex terdahulu yang dilengkapi kalendar lengkap – iaitu rujukan 8171, yang dikenali dalam kalangan pengumpul sebagai ‘Padellone’ – model baharu ini merupakan kesinambungan sejati bagi warisan jenama tersebut. Dengan cakera fasa bulan yang menghubungkan kitaran Bulan dengan Bumi, jam tangan ini membuka jendela untuk menyaksikan langit malam.

Cakera fasa bulan Keindahan pergerakan

Fasa bulan Padellone dipaparkan pada pukul 6 pada cakera biru berenamel yang kelihatan sepenuhnya, yang membuat satu putaran lengkap setiap bulan qamari, atau 29.53 hari. Bulan purnama dan anak bulan diperbuat daripada meteorit, manakala meteorit bagi anak bulan disaluti PVD biru gelap. Wajah pada setiap bulan dibuat dengan cetakan pad.

Luxury watch with moon phase

Permukaan Menumpukan keharmonian

Permukaan model Padellone dihiasi kemasan berira pada sebahagian besar permukaan serta kemasan satin halus di bahagian tepi. Jarum tengah biru, dengan hujung berbentuk bulan sabit, menunjukkan tarikh semasa pada bahagian lilitan permukaan yang menampilkan skala tarikh ditulis dalam warna hitam. Dua bukaan pada kedudukan pukul 12 masing-masing memaparkan hari dan bulan dalam bahasa Inggeris. Bulan purnama dan anak bulan pada cakera ini diperbuat daripada meteorit – anak bulan disaluti lapisan PVD biru gelap – manakala bintang-bintang perak dihasilkan melalui cetakan pad.

Luxury watch with moon phase display

Keindahan penutup Kehalusan yang diwarisi

Padellone mempunyai penutup 39 mm, dengan garis yang indah dan bahagian belakang jernih memaparkan keindahan gerakan yang halus itu. Penutup tengah menampilkan pelaras di sebelah sisi untuk fungsi kalendar, manakala lengkung cuping pula diserlahkan oleh potongan serong di bahagian tepi atas. Bezel terbahagi kepada dua bahagian – bahagian bawah berjejalur elegan dan bahagian atas melengkung. Diperbuat daripada nilam, kristal melengkung dan penutup belakang jernih, dibantu oleh salutan antireflektif. Dijamin kalis air hingga kedalaman 50 meter (165 kaki), penutup memberikan perlindungan optimum untuk gerakan yang terletak di bahagian dalam. Penutup itu diperbuat daripada emas Everose 18 karat atau platinum 950.

Rose gold watch with moonphase - Hung Cheong

Rantai Settimo atau tali kulit buaya Pilihan terunggul

Padellone dalam emas Everose 18 karat dipasang dengan rantai Settimo atau tali kulit buaya perang kusam. Bagi versi platinum 950, jam tangan ini digandingkan dengan tali kulit buaya hitam kusam.

Rantai Settimo, yang terdiri daripada deretan tujuh pautan, menyerlahkan kehalusan dan keanggunan.Dengan sistem khas untuk penyambungan kepada penutup tengah, yang permohonan paten telah difailkan, rantai logam ini dilengkapi Crownclasp lipat yang terlindung bagi memastikan keharmonian visual di seluruh rantai.

Tali kulit buaya Padellone berwarna perang kusam atau hitam kusam mempunyai lapisan kulit anak lembu berwarna hijau dan jahitan berona mirip. Tali ini dilengkapi Dualclasp, sejenis dwipelipat lipat.

Kaliber 7190Teknologi tercanggih

Nadi Padellone, iaitu kaliber 7190, dilindungi oleh 30 permohonan paten, dua daripada permohonan adalah eksklusif untuk model ini. Gerakan canggih yang terhasil daripada penyelidikan horologi ini menonjol kerana berdetik pada frekuensi 5 hertz. Gerakan ini dibuat berdasarkan reka bentuk kaliber 7135 yang diperkenalkan pada model Land-Dweller semasa dilancarkan pada tahun 2025, serta memanfaatkan sistem pengawalan perintis yang sama, yang terdiri daripada bolosan Dynapulse berprestasi tinggi dan pengayun tercanggih. Mekanisme kalendar tahunan yang disepadukan dalam kaliber 7190 adalah sangat inovatif dan boleh dipercayai.

Gloved hand holding metal part
Watchmaker assembling gold watch movement.

Pensijilan Superlative Chronometer

Perpetual Padellone dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Sejak 2026, pensijilan Superlative Chronometer telah menerapkan tiga kriteria ujian baharu: rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan dan ketahanan. Kriteria ini dilaksanakan sepanjang peringkat reka bentuk dan pembuatan setiap jam tangan. Beratus-ratus pemeriksaan dan pengesahan yang berkaitan secara langsung dengan prestasi jam tangan dijalankan semasa fasa-fasa ini. Kriteria ini ditambahkan apabila pensijilan ditakrifkan semula pada 2015, yang mengawal ketepatan, kekalisan air, automasi dan autonomi. Pada tahun itu, Rolex telah menyediakan protokol ujian eksklusif untuk jam tangan yang telah siap yang dijalankan di dalam kilang pembuatan pada peralatan automatik sepenuhnya. Keperluan ketepatan adalah sangat ketat: diukur selepas meletakkan penutup pada gerakan – diperakui secara rasmi sebagai kronometer – ketepatan jam tangan mestilah antara –2 dan +2 saat sehari. Kadar sisihan yang diterima oleh Rolex untuk ketepatan jam tangan yang telah siap adalah jauh lebih ketat daripada had sisihan yang diterima untuk perakuan rasmi gerakan itu sahaja.

Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau bagi setiap jam tangan Rolex berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Teruskan meneroka