Rolex Padellone 39 mm, platinum, kemasan digilap M53506-0002
RM286,900.00





Jaminan Rolex
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangannya, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.
Meterai hijau
Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex yang disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.
Jaminan Rolex
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
Reference
53506
Kes model
39 mm, platinum, kemasan digilap
Bezel
Berkubah dan berjejalur
Ketahanan Air
Kalis air hingga 50 meter / 165 kaki
Gelang
Tali kulit
Permukaan
Biru salji
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
7190, manufacture Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 66 jam
Sijil Pengesahan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Gelang
Tali kulit
Permukaan
Biru salji
Sijil Pengesahan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Ice blue dial
Permukaan menampilkan kemasan berira pada bahagian tengah dan kemasan satin halus di bahagian tepi, penanda jam sesegi serta angka 3 dan 9 yang diperbuat daripada emas putih 18 karat. Landasan minit yang halus mengelilingi permukaan biru salji. Selain penunjuk kalendar, permukaan ini turut dihiasi cakera fasa bulan berenamel biru yang memaparkan bulan purnama dan anak bulan. Kedua-duanya diperbuat daripada meteorit, dengan anak bulan disalut PVD berwarna biru gelap. Wajah pada setiap bulan dibuat dengan cetakan pad, begitu juga bintang perak di sekelilingnya. Permukaan biru salji ialah tanda pengenalan yang eksklusif dan halus bagi jam tangan platinum Rolex. Warna permukaan eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona, Land-Dweller, 1908 dan Padellone.

Bezel berkubah dan berjejalur
Dilengkapi bezel melengkung yang berjejalur halus, Padellone menampilkan penutup 39 mm dengan garis indah. Bahagian atas bezel melengkung manakala bahagian bawah mempunyai berjejalur halus, yang menyatukan seni pembuatan jam tradisional dan warisan estetika jenama tersebut dalam gaya kontemporari.

Platinum
Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.


KETERSEDIAAN MODEL
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hubungi kami
Hantar mesej kepada kami

Tempah Janji Temu



