SailGP
Rolex ialah Rakan Kongsi Pembawa global dan Jam Tangan Rasmi eksklusif bagi Kejohanan SailGP, litar regata yang menyaksikan perlumbaan antara kapal layar terpantas di dunia. Perlumbaan berlangsung di laut-laut seluruh dunia menggunakan katamaran kerajang F50 yang kelihatan terbang merentasi air.
Diterbitkan pada April 9, 2024
Inovasi yang menjanjikan prestasi
Anak-anak kapal terdiri daripada beberapa pelayar terbaik. Katamaran yang simetri, dengan kerajang dan sayap layar tegar mampu mencapai kelajuan 50 knot atau hampir 100 km/j. Perlumbaan hebat yang berlangsung paling lama 15 minit. Musim yang dianjurkan di lautan lima benua. Dilancarkan pada tahun 2019, litar SailGP telah mengubah dunia lumba layar menggunakan katamaran yang inovatif dan dioptimumkan secara berterusan. Kapal layar terbang ini membawa warna negara yang diwakili dan melambangkan masa kini dan masa depan sukan itu.
Kejohanan SailGP juga telah melahirkan Liga Impak, program Laluan Wanita dan Inspirasi SailGP, inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian dan kepelbagaian dalam dunia kapal layar.
Tom Slingsby – Testimoni Rolex Sarjana dalam banyak kelas
Tom Slingsby boleh dikatakan sebagai pelayar paling berjaya dan paling dicari di Australia. Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012, beliau telah tiga kali dinobatkan sebagai Rolex World Sailor of the Year dan tiga kali memenangi SailGP sebagai ketua pegawai eksekutif dan jurumudi Team Australia.
Bakatnya turut merangkumi peranan sebagai jurumudi dalam kru yang memenangi anugerah “line-honours” dalam Perlumbaan Kapal Layar Rolex Sydney Hobart dan Perlumbaan Laut Tengah Rolex.
Tom Slingsby memakai Yacht-Master 42 dalam RLX Titanium.
Sir Ben Ainslie – Testimoni Rolex Standard tertinggi dalam perlumbaan regata
Dengan empat pingat emas dan satu perak, Sir Ben Ainslie meraih pencapaian cemerlang apabila merangkul pingat dalam lima Sukan Olimpik berturut-turut yang disertainya.
Pelayar British ini berlumba untuk Skuadron Kapal Layar Diraja, yang telah Rolex bekerjasama sejak 1980-an. Sebagai kapten pasukan Great Britain, beliau adalah salah seorang tokoh penting dalam litar SailGP.
Sir Ben Ainslie memakai seutas Yacht-Master 42.
Hannah Mills – Rolex Testimonie Kapten yang komited terhadap penyertaan
Dengan dua pingat emas dan satu perak, Hannah Mills ialah pelayar Olimpik wanita paling berjaya sepanjang zaman. Pemenang anugerah Pelayar Tahunan Dunia Rolex 2016 dan 2021 ini memainkan peranan sebagai ahli taktik dalam kru SailGP Great Britain. Duta SailGP untuk pembangunan lestari, Mills juga sangat komited terhadap penyertaan wanita dalam pelayaran. Hannah Mills memakai seutas Yacht-Master 37.
Hannah Mills memakai Yacht-Master 37.
Rolex dan Kapal Layar Sebuah perkongsian yang berpanjangan
Kelab kapal layar, pelayar ternama, perlumbaan lepas pantai yang ikonik, dan beberapa regata paling terkenal. Selama lebih daripada 60 tahun, Rolex telah membina hubungan yang kukuh dengan dunia sukan kapal layar. Sebagai rakan kongsi utama dalam perlumbaan kapal layar, jenama ini berkongsi usaha yang sama untuk mencapai kecemerlangan dan semangat untuk prestasi premium dengan penjaga semangat abadi sukan ini.