Language
  Barang Kemas Rolex dan Hung Cheong & Tonton SEJARAH KAMI
  Barang Kemas Rolex dan Hung Cheong & Tonton SEJARAH KAMI

Sejarah Rolex dan Hung Cheong Jewellery and Watch

Sebagai rakan kongsi Rolex yang membanggakan selama lebih dari tujuh dekad, Hung Cheong Jewellery Watch meneruskan legasi dalam menyanjung nilai masa bersama Rolex Malaysia. Lantas, menjadi peruncit jam tangan mewah terkemuka di Malaysia Timur yang dikendalikan oleh perusahaan keluarga.

Kala Kini, Lampau dan Depan

Ditubuhkan oleh En Ho Chin Thong pada tahun 1932 sebagai Hung Cheong Watch Dealer, kemudian tampil dengan nama perusahaan baru yakni Hung Cheong Jewellery Watch yang berkembang menjadi destinasi pilihan utama buat pemuja jam tangan mewah di Sarawak. Di mana, perusahaan ini dikenali dengan perkhidmatan pelanggan yang cekap berserta pengetahuan teknikal yang luar biasa.

Bermula dari permulaan yang penuh kesederhanaan di No. 40, India Street di Kuching, perusahaan keluarga ini terus sukses sejak perkenalan pertama butik berkonsepkan shop-in-shop di Wisma Seberkas, sebelum memperkenalkan konsep yang sama bersama Rolex di Elektra House pada tahun 1960-an. Namun, tidak lama selepas itu, Hung Cheong Jewellery & Watch berpindah ke Sarawak Plaza, lalu tampil memperluaskan horizonnya di Spring Shopping Centre yang kini menghimpunkan pelbagai koleksi jam tangan Rolex.

Kedai Runcit Pertama - Barang Kemas & Jam Tangan Hung Cheong

Rolex dan Hung Cheong Jewellery Watch

Perkongsian monumental ini bermula pada tahun 1946, berkonsepkan butik Rolex shop-in-shop pertama yang dibuka di Electra House pada tahun 1960-an. Butik ini menawarkan kepada pelanggan dengan kepelbagaian jam tangan Rolex yang berprestij, yang mana pada saat itu sudah terkenal dengan ketukangan pembuatan jam tangan yang berketepatan tinggi lagi mantap.

Dengan pengalaman yang diperoleh, keunggulannya pengetahuan yang tiada tandingan adalah bukti buat kemahiran serta didampingi nilai yang berorientasikan kekeluargaan. Secara tidak langsung, memperkukuhkan ikatan bersama pelanggan Rolex yang sudah merangkumi lebih dari tiga generasi.

Kedai Pengedar Rolex - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hung Cheong Jewellery Watch kini

Menjunjung teguh nilai yang digenggam oleh Rolex, hari ini, Hung Cheong Jewellery Watch maju menawarkan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia. Temukan erti kecemerlangan sambil kami membimbing anda dalam menerokai pengembaraan Rolex yang tidak dapat dilupakan. Lantas, menemukan jam tangan yang sempurna buat anda langsung bertahan sepanjang hayat.

Kedai Runcit Rolex - Hung Cheong Jewellery  Watch

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest