Jam tangan Rolex Sky-Dweller Oyster, 42 mm, emas putihM336239-0002

RM209,700.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Jam tangan Rolex M336239-0002 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

336239

Kes model

Oyster, 42 mm, emas putih

bezel

Berjelajur, dwiarah boleh gilir perintah gelang Rolex

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik, dua zon masa, kalendar tahunan

Kaliber

9002, buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 72 jam

Gelang

Oysterflex

Dial

Hitam terang

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Rantai Oysterflex

Rantai Oysterflex baru Sky-Dweller, yang dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, menawarkan alternatif sporty kepada rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan Oysterclasp menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan Oysterclasp emas putih 18 karat. Ia juga dilengkapi dengan sistem lanjutan Rolex Glidelock, yang direka oleh jenama ini dan dipatenkan. This inventive toothed mechanism, integrated beneath the clasp, allows fine adjustment of the bracelet length by some 15 mm in increments of approximately 2.5 mm, without the use of tools.
Jam tangan Rolex Rantai Oysterflex - Hung Cheong Jewellery  Watch

EMAS PUTIH 18 KARAT

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Jam tangan Rolex EMAS PUTIH 18 KARAT - Hung Cheong Jewellery  Watch

DAIL HITAM TERANG

Segitiga merah terbalik yang tetap pada titik dail ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa – di atas cakera 24-jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dari jam waktu malam di zon waktu yang lain. Dail itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum tangan yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pencerahan yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan. Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan si pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh di hujung bulan 30-hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke waktu tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon waktu tempatan pengembara.
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Jam tangan Rolex Sky-Dweller Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Jam tangan Rolex Sky-Dweller

Terbang tinggi

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest