Language

Rolex Lady-Datejust 28 mm, Rolesor Putih, berlian M279384RBR-0011

RM75,750.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M279384RBR-0011 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

279384RBR

Kes model

Oyster, 28 mm, Oystersteel, emas putih dan berlian

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Dipasangkan dengan berlian

Dial

Indung mutiara putih dipasangkan dengan berlian

Gelang

Jubilee, penghubung lima keping

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

2236, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 55 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M279384RBR-0011 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Dail Indung Mutiara

Permukaan ini mempunyai berlian bertatahkan emas 18 karat, dan Roman IX dipasangkan dalam emas 18 karat dengan 8 berlian. Sifat sebuah indung mutiara penuh dengan misteri dan kejutan. Bergantung kepada asalnya, ia boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Ia mempunyai perbezaan dari segi warna, intensiti dan struktur mengikut bahagian cangkerang dimana ia diekstrak. Di Rolex, indung mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan ditujukan khusus untuk menonjolkan keindahan semulajadi dan memelihara warna asalnya. Semua dail indung Mutiara adalah unik, sebuah dail yang serupa tidak akan menghiasi di pergelangan tangan yang lain
Rolex Dail Indung Mutiara - Hung Cheong Jewellery  Watch

Bezel bertatahkan berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Rolex Bezel bertatahkan berlian - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rolesor Putih

Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
Rolex Rolesor Putih - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M279384RBR-0011 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Lady-Datejust Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Lady-Datejust

Keanggunan elegan

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest