Language

Rolex Deepsea Challenge 50 mm, titanium RLX, Dail Hitam Terang M126067-0001

RM112,600.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126067-0001 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

126067

Kes model

Oyster, 50 mm, titanium RLX

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 11,000 meter / 36,090 kaki, injap pelepasan helium

Bezel

Boleh gilir satu arah senggatan 60 minit, sisipan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti platinum

Dial

Hitam terang

Gelang

Oyster, pautan tiga keping padat

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3230, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M126067-0001 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Bezel Seramil Dengan Paparan Pendarkilau

Bezel Deepsea Challenge yang berputar sehala dengan takat 60 minit membolehkan penyelam memantau masa selaman dan dekompresi mereka dengan tepat dan selamat. Ia dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang mana warnanya tidak terjejas oleh sinar ultralembayung matahari. Senggatan disalutkan melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan nipis platinum. Paparan ini menampilkan penanda jam Chromalight yang besar dan jarum jam, diisi dengan bahan berpendar cahaya yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama untuk keterbacaan yang sangat baik dalam keadaan gelap.
Rolex Bezel Seramil Dengan Paparan Pendarkilau - Hung Cheong Jewellery  Watch

Dail Hitam Terang

Paparan Chromalight pendarkilau pada dailnya adalah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan suatu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat - dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.
Rolex Dail Hitam Terang - Hung Cheong Jewellery  Watch

RLX titanium

RLX titanium adalah aloi titanium gred 5 yang dipilih oleh Rolex kerana sifatnya yang ringan serta tahan terhadap ubah bentuk dan kakisan. Walaupun tidak terkesan oleh tekanan dasar laut, jam tangan eksperimen yang menemani James Cameron di Palung Mariana masih menghadapi masalah keselesaan kerana beratnya, kerana ia diperbuat daripada keluli 904L. Penggunaan RLX titanium untuk membuat kerangka dan gelang Deepsea Challenge telah mengurangkan beratnya dengan ketara: ia adalah 30 peratus lebih ringan daripada jam tangan eksperimen yang menjadi inspirasinya. Jam tangan ini juga menampilkan butiran yang sangat kelihatan pada kemasan satin pada gelang dan kerangkanya – kecuali pelindung mahkota. Untuk menyerlahkan profil lengkungan lugs, tepi atasnya telah dicerun dan digilap.
Rolex RLX titanium - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M126067-0001 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Deepsea Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Deepsea

Jam tangan penyelam ekstrem

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest