Language

Rolex Day-Date 40 40 mm, emas Kuning, berlian M228398TBR-0036

RM493,400.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M228398TBR-0036 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

228398TBR

Kes model

Oyster, 40 mm, emas Kuning dan berlian

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Dipasangkan dengan berlian

Dial

Berturap berlian

Gelang

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M228398TBR-0036 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Dail Berturap Berlian

Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Berlian, nilam, delima, zamrud – batu terunggul dan paling berharga dipilih untuk menghiasi jam tangan Rolex. Jenama ini memiliki kepakaran dalaman dan peralatan yang membolehkan kerja memperindah mana-mana model dalam katalognya. Mula-mula, ahli gemologi yang berpengalaman memilih batu permata yang berkualiti tinggi. Untuk ini, mereka boleh bergantung pada pertimbangan mereka sendiri yang berpengalaman serta peralatan analisis yang terkini. Batu-batu itu kemudiannya diserahkan kepada penghias permata, yang meletakkan setiap batu berharga dengan teliti pada jam tangan secara manual, satu demi satu, bagi memastikan ketepatan dalam seperseratus milimeter. Toleransi yang ketat itu menjamin bahawa setiap batu bersinar dengan kecerahan optimum dan serasi dengan hiasan lain yang berhampiran. Ketelitian yang memakan masa ini, yang mungkin diulang ratusan kali, memastikan setiap jam tangan bertatahkan permata yang dihasilkan oleh Rolex bergemerlapan dengan keamatan yang luar biasa dan mencerminkan standard kecemerlangan yang diperlukan oleh jenama.
Rolex Dail Berturap Berlian - Hung Cheong Jewellery  Watch

Bezel bertatahkan berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Rolex Bezel bertatahkan berlian - Hung Cheong Jewellery  Watch

Emas Kuning 18 Karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas Kuning 18 Karat - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M228398TBR-0036 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Day-Date Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest