Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Dibentuk dalam sistem suria yang begitu jauh, meteorit logam ini berasal daripada asteroid yang meletup berjuta-juta tahun dahulu. Semasa merentasi planet, serpihan bahan luar bumi semula jadi ini yang terdiri daripada besi dan nikel, disejukkan oleh beberapa darjah Celsius setiap beberapa juta tahun, lalu menghasilkan penghabluran unik dan tersendiri dalam bahan yang mustahil untuk dibuat semula di bumi. Meteorit logam adalah jarang dan sukar untuk ditempa, tetapi setelah dipotong menjadi bahagian nipis dan rawatan kimia digunakan, keindahan struktur dalaman yang terjalin dapat dilihat. Pembentukan yang menarik dan berbagai-bagai ini dikenali sebagai corak Widmanstätten. Untuk permukaan, Rolex bekerja dengan pakar terkemuka dalam bidang ini dan hanya memilih bahagian meteorit dengan permukaan yang terbentuk sempurna yang kaya dengan bentuk dan pantulan yang berbeza.
Bezel bertatahkan berlian
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.