Language

Rolex Day-Date 36 36 mm, Platinum, berlian M128396TBR-0003

RM409,500.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M128396TBR-0003 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

128396TBR

Kes model

Oyster, 36 mm, platinum dan berlian

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Dipasangkan dengan berlian

Dial

Biru salji dipasangkan dengan berlian

Gelang

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M128396TBR-0003 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Dail Biru Ais

Dail biru ais adalah tanda pengenalan yang eksklusif dan tidak menonjol bagi jam tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum, logam yang paling mulia, untuk jam tangan yang terbaik. Warna dail eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona, dan Perpetual 1908.
Rolex Dail Biru Ais - Hung Cheong Jewellery  Watch

Bezel bertatahkan berlian

Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum. Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Rolex Bezel bertatahkan berlian - Hung Cheong Jewellery  Watch

Platinum

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan peraknya dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan hakisan yang luar biasa. Secara paradoks, ia juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar, ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakkan platinum 950, satu aloi yang merangkumi 950% (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling asli untuk jam tangan yang terbaik.
Rolex Platinum - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M128396TBR-0003 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Day-Date Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest