Language

Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, emas Putih M128239-0065

RM198,500.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M128239-0065 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

128239

Kes model

Oyster, 36 mm, emas Putih

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Berjelajur

Dial

Indung mutiara putih dipasangkan dengan berlian

Gelang

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M128239-0065 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Dail Indung Mutiara

Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Sifat sebuah indung mutiara penuh dengan misteri dan kejutan. Bergantung kepada asalnya, ia boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Ia mempunyai perbezaan dari segi warna, intensiti dan struktur mengikut bahagian cangkerang dimana ia diekstrak. Di Rolex, indung mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan ditujukan khusus untuk menonjolkan keindahan semulajadi dan memelihara warna asalnya. Semua dail indung Mutiara adalah unik, sebuah dail yang serupa tidak akan menghiasi di pergelangan tangan yang lain
Rolex Dail Indung Mutiara - Hung Cheong Jewellery  Watch

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, ianya sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Hung Cheong Jewellery  Watch

Emas putih 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas putih 18 karat - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M128239-0065 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Day-Date Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest