Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, platinum M128236-0018

RM258,200.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Jam tangan Rolex M128236-0018 - Hung Cheong

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Menterai Hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak Peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan meru-pakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu sim-bol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

128236

Kes model

Oyster, 36 mm, platinum

bezel

Berjelajur

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang

President, pautan tiga keping separa bulat

Dial

Biru salji

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur adalah satu tanda perbezaan, dalam platinum pada Day-Date 36 ini.
Jam tangan Rolex Bezel berjejalur - Hung Cheong

Permukaan Biru Ais

Permukaan biru ais ialah tanda pengenalan yang eksklusif dan tidak menonjol bagi jam tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum, logam adi terunggul, untuk jam tangan yang terbaik. Warna permukaan eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date, Cosmograph Daytona dan Perpetual 1908.
Jam tangan Rolex Permukaan Biru Ais - Hung Cheong

Platinum

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.
Jam tangan Rolex Platinum - Hung Cheong
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Jam tangan Rolex Day-Date Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Jam tangan Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest