Language

Rolex Datejust 41 41 mm, Rolesor Kuning, Dail Warna Champagne M126333-0010

RM65,900.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126333-0010 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

126333

Kes model

Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas Kuning

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Berjelajur

Dial

Warna champagne

Gelang

Jubilee, penghubung lima keping

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3235, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M126333-0010 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, ianya sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 41 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Hung Cheong Jewellery  Watch

Dail Warna Champagne

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Ia diperoleh dengan menggunakan kemahiran teknik memberus yang menghasilkan jejalur yang berlari keluar dari tengah dail. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan cahaya halus berkarakter yang bergerak bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna dail diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada dail.
Rolex Dail Warna Champagne - Hung Cheong Jewellery  Watch

Roselor Kuning

Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada 1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
Rolex Roselor Kuning - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M126333-0010 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex Datejust Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex Datejust

Tarikh yang terpahat

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest