Servicing Rolex Watch - Hung Cheong Jewellery & Watch
Servicing Rolex Watch - Hung Cheong Jewellery & Watch

Penyenggaraan dan pembaikan jam tangan Rolex di Hung Cheong Jewellery & Watch

Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan.

Daripada konsepsi jam tangan Rolex hingga waktu meninggalkan bengkel, setiap langkah pembangunan dan pembuatan mengikut satu syarat kritikal: kualiti. Hasilnya, tidak ada had tentang tempoh jam tangan Rolex boleh terus berfungsi, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.

Servicing Rolex Watch - Hung Cheong Jewellery & Watch

Benarkan pakar membimbing anda

Selang beberapa tahun selepas setiap penyenggaraan, jam tangan anda harus diberikan perhatian yang menyeluruh. Sebagai Peruncit Rasmi Rolex, [Retailer name] diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk tujuan penyenggaraan. Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, kami bersedia untuk memberi anda nasihat tentang segala aspek teknikal jam tangan Rolex.

Menyenggara Rolex anda melalui Hung Cheong & Jewellery Watch

Melalui Hung Cheong Jewellery & Watch, anda boleh mengakses rangkaian tukang jam Rolex yang terlatih di seluruh dunia. Kami mengikuti Prosedur Penyenggaraan Rolex yang direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya.

Rolex Watches Checking - Hung Cheong Jewellery & Watch
Rolex Servicing Center - Hung Cheong Jewellery & Watch

Prosedur Penyenggaraan Rolex

Prosedur Penyenggaraan Rolex direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya. Setiap gerakan dibaik pulih secara menyeluruh dan setiap penutup serta rantai diperbaharu dengan rapi untuk mengembalikan kilauannya. Ketepatan dan kekalisan air jam tangan diuji dengan teliti bagi menjamin tahap kualiti dan keutuhan yang seharusnya ada pada jam tangan Rolex anda.

Servicing Rolex Watch - Hung Cheong Jewellery & Watch

Jaminan Perkhidmatan dua tahun

Selepas penyenggaraan selesai, Rolex anda dilindungi oleh Jaminan Penyenggaraan selama dua tahun. Jaminan ini tidak termasuk apa-apa kerosakan atau kemerosotan yang disebabkan oleh kemalangan atau pengendalian jam tangan yang salah. Sebarang campur tangan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan oleh Rolex atau penambahan mana-mana bahagian atau aksesori yang tidak dikeluarkan oleh Rolex akan membatalkan Jaminan Perkhidmatan.

Rolex Service Card - Hung Cheong Jewellery & Watch
Servicing Rolex Watch - Hung Cheong Jewellery & Watch

Teruskan meneroka