Temui Bilik Pameran Rolex Hung Cheong Jewellery and Watch kami
Sebagai peneraju lapangan horologi di Malaysia Timur selama 88 tahun, Hung Cheong Jewellery & Watch sudah menjadi destinasi pilihan pemuja jam tangan Rolex yang bergaya klasik mahupun bersusuk rekaan profesional. Mengambil lokasi strategik di Spring Shopping Mall Kucing, kami menjemput anda untuk meneliti seleksi jam tangan Rolex terbaik kami. Daripada koleksi ikonik Oyster Perpetual beralih kepada barisan jam tangan Cosmograph Daytona yang anggun lagi sofistikated. Terokai kelainan asas perincian Rolex yang unggul bersama pasukan jualan kami yang punya kemahiran serta berpunya ilmu mengenai horologi.
Pengedar Rasmi Rolex
Setelah membuka haluan jam tangan mewah di Malaysia Timur, Hung Cheong Jewellery Watch diperakui untuk menjadi salah satu rangkaian Peruncit Rolex Rasmi di seluruh dunia, yang diberi kepercayaan untuk menjual serta menyelenggara jam tangan Rolex. Dipamerkan indah dengan memeluk kehangatan ruangan hiasan dalaman butik yang anggun, terokai ketukangan jam tangan asal Switzerland pada tahap tertinggi. Sekali gus, membuktikan kejayaan serta kecemerlangan berterusan inovasi Rolex yang unggul di seluruh dunia.
Sentuhan peribadi
Berlintas dari alam maya ke dunia realiti, perkhidmatan pelanggan kami yang unik dan secara peribadi mampu mengukirkan kenangan membeli-belah yang indah dan tidak dapat dilupakan dalam setiap langkah, sama ada sebagai pengumpul jam tangan yang tegar mahupun sebagai pemuja yang mempunyai sifat ingin tahu. Nikmati kepelbagaian pilihan jam tangan Rolex dalam talian dari ruang kediaman anda, lantas berkunjung ke butik bagi menelusuri sisi teknikalnya. Mulakan pengembaraan Rolex anda dengan membuat temu janji berserta butiran peribadi dan pilihan mod komunikasi, penasihat jualan kami bakal menghubungi anda secepat mungkin.
Kepakaran profesional
Selama lebih dari satu abad, Rolex disinonimkan dengan kecekapan moden berbalas ketukangan pembuatan jam tangan yang unggul. Hung Cheong Jewellery & Watch mendukung kecemerlangan pembuatan jam tangan ini dengan beralaskan kemahiran teknikal serta penguasaan ilmu horologi selama beberapa dekad. Biarkan pakar penasihat jualan kami membimbing anda ke menerokai dunia Rolex. Langsung, menemukan jam tangan Rolex yang sesuai bagi menemani anda sepanjang hayat.
Perkhidmatan yang sempurna
Sebagai perusahaan milik keluarga, kami berbesar hati dengan reputasi integriti kami yang menjadi tonggak kejayaan kami. Di Hung Cheong Jewellery & Watch, kami menjamin ketulenan setiap komponen jam tangan Rolex anda lalu mengutuhkan perkongsian yang menjunjung nilai masa dengan pembuat jam tangan Switzerland. Lantas, menjemput anda untuk merasai keanggunan serta prestasi Rolex yang tidak mampu ditandingi di Hung Cheong hari ini.
Perjalanan Rolex
Di Hung Cheong Jewellery & Watch, kami berbangga dengan kerjasama yang erat bersama Rolex Malaysia lalu meneruskan perkembangan yang didorong spirit kemodenan. Hari ini, kepercayaan yang tidak tergoyah ini tidak hanya mendorong syarikat kami ke tahap yang lebih tinggi, malah mencerminkan komitmen kami terhadap standard perkhidmatan serta semangat yang tinggi bersama penjagaan masa revolusioner ini.