Language

Rolex GMT-Master II 40 mm, emas Kuning, Dail Hitam M126718GRNR-0001

RM178,400.00

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126718GRNR-0001 - Hung Cheong Jewellery  Watch

Rujukan

126718GRNR

Kes model

Oyster, 40 mm, emas kuning

Ketahanan Air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna kelabu dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan teracu

Dial

Hitam

Gelang

Jubilee, penghubung lima keping

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT

Kaliber

3285, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Sijil Pengesahan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M126718GRNR-0001 Kembali - Hung Cheong Jewellery Watch

Bezel Berputar 24-Jam

Model ini mempunyai permukaan hitam dan Sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam dua warna. Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah dengan senggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada "Home" dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan "melompat" dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam. Jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon masa baru mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Rolex Bezel Berputar 24-Jam - Hung Cheong Jewellery  Watch

Dail Hitam

Sepertimana jam tangan Rolex Profesional yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan paparan Chromalightnya. Jarum dan penanda jamnya yang lebar dalam bentuk yang mudah - segitiga, bulatan, segi empat tepat -diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Rolex Dail Hitam - Hung Cheong Jewellery  Watch

Emas Kuning 18 Karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rolex Emas Kuning 18 Karat - Hung Cheong Jewellery  Watch
Mahkota Rolex - Hung Cheong Jewellery Watch

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Hung Cheong Jewellery & Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M126718GRNR-0001 Dihadirkan dengan Kotak - Hung Cheong Jewellery  Watch

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Hung Cheong Jewellery Watch
Rolex GMT-Master II Sepanduk - Hung Cheong Jewellery  Watch
Rolex GMT-Master II

Menjaga hubungan masa

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest